Rasulullah sanggup melakukannya sehingga kedua-dua tapak kakinya pecah-pecah, sehingga juga Sallehuddin Al-Ayyubi memilih mereka yang bangun malam sebagai barisan mujahidin yang paling depan untuk menggempur musuh, sehingga juga Umar Abd Aziz berkata…”Bagaimana mata ini dapat tertutup rapat dan tenteram sedangkan ia tak tahu di mana kelak ia akan kembali di antara dua tempat” berulang-ulang.
Saran Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam
>>Dari Abu Hurairah r.a “….Kekasihku Rasulullah telah berwasiat kepadaku agar aku tidak tidur sebelum solat witir.” (HR Bukhari)
>>Dari Abdullah bin ‘Amr bin Al-’Ash radhiallahu ‘anhuma, katanya;”Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam bersabda;
” Hai Abdullah, janganlah engkau menjadi seperti si Fulan itu, dulu ia suka sekali bangun bersolat di waktu malam, tetapi kini meninggalkan bangun solat waktu malam itu.” (Muttafaqun ‘alaih)
>>Dari Aisyah r.a katanya; “Nabi sollallahu ‘alaihi wasallam itu berdiri untuk bersolat malam, sehingga pecah-pecah kedua tapak kakinya. Saya berkata kepadanya;” Mengapa Tuan mengerjakan sedemikian ini, ya Rasulullah, padahal sudah diampunkan untuk Tuan dosa-dosa Tuan yang dahulu dan yang kemudian?” Beliau sollallahu ‘alaihi wasallam lalu bersabda, “Tidakkah saya ini wajar menjadi seorang hamba yang banyak bersyukur.” (Muttafaqun ‘alaih)
>>Dari Ibnu Mas’ud r.a katanya;” Ada seorang lelaki yang disebut-sebut di sisi Nabi sollallahu ‘alaihi wasallam, iaitu bahawa orang tersebut tidur di waktu malam sampai ke pagi – yakni tidak bangun untuk bersolat malam, lalu beliau sollallahu ‘alaihi wasallam bersabda;” orang itu sudah dikencingi syaitan dalam kedua-dua telinganya” atau beliau sollallahu ‘alaihi wasallam bersabda;”di telinganya.” (Muttafaqun ‘alaih)